Friday, 3 August 2012

kenapa aku diuji??

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."~Al-Ankabut, Ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Idam-Idamkan? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."~Al-Baqarah, ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini?"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." ~Al-Baqarah,ayat 186

Rasa Frust?"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 beriman." ~Ali Imran,ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?"Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." ~Ali Imran,ayat 200"

Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk." ~Al-Baqarah,ayat 45

Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." ~At-Taubah,ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap?"Cukupalah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." ~At-Taubah,ayat 129

Aku Dah Tak Dapat Bertahan Lagi!!! "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir." ~Yusuf,ayat 12

Dalam artikel yang lain pula, saya turut terbaca bahawa para ulama' bersepakat bahawa hikmah yang boleh disimpulkan dari ujian adalah:

1. Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada ALLAH SWT.
2. Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini. 3. Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.
4. Bertujuan memperoleh pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi ALLAH SWT.
5. Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan kesalahan yang dilakukan diri sendiri dan orang lain di masa lampau.
6. Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada ALLAH SWT.
7. Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati ALLAH SWT.
8. Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.
9. Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka. 10. Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada ALLAH SWT.
11. Ujian juga mampu mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada ALLAH SWT.
12. Ujian juga mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya.
13. Ujian mampu utnuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan ALLAH SWT.
14. Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga ALLAH SWT..

Subhanallah!! Jika kita mengetahui betapa besarnya hikmah yang tersembunyi disebalik sebuah ujian dan dugaan itu..pastinya kita akan sentiasa rasa rindu untuk diuji. Dan pastinya kita akan merasakan diri kita dibiarkan ALLAH jika hidup tidak diuji..Kerana sesungguhnya, ujian itu diturunkan tanda kasih sayangNya..

Dan saya suka untuk berkongsi sepotong ayat dari Firman ALLAH SWT yang bermaksud:"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar, iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' (sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNya kami kembali." ~Al-Baqarah,ayat 155-156
.dan juga..."...Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan..." ~Al-Insyirah,ayat 5-6Janji (ayat2)

inilah yang membuatkan hati saya selalu tenang bila berhadapan dengan ujian2 hidup ini. Sesungguhnya masalah itu adalah kembar hidup. Semua yang hidup, semua ada masalah..Cuma yang membezakan antara kita adalah..cara kita menanggapi masalah itu sebagai 'masalah' atau 'ujian'..dan bagaimana kita menyelesaikan masalah..Di sinilah kematangan kita diukur..Di sinilah jua keimanan dan ketaqwaan kita dinilai...Wallahu'alam..

Sunday, 22 April 2012

lihatlah Anak Syu’aib

Kisah yang tercatat di dalam Al-Quran

“Dan ketika dia(Musa) sampai di sumber air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan(ternakan mereka berdua). Dia bertanya: Mengapa dengan kamu berdua(menahan ternakan)? Mereka menjawab: Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”

“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.

“Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. Surah Al-Qasas ayat 23-25.

Di dalam kisah pendek tiga ayat ini, tersembunyi ibrah yang sangat besar. Bukan hanya kisah pertemuan Musa dengan Anak Nabi Syu’aib yang kemudiannya mendidik kesabaran Musa. Bukan juga hanya kisah Musa yang baik hati membantu perempuan yang lemah. Bukan juga hanya kisah aturan Allah SWT yang cantik mengaturkan perjalanan Musa dalam rangka menjadikannya sebagai Nabi.

Tetapi di dalam tiga ayat ini, terdapat juga didikan untuk wanita.

Allah hendak menunjukkan bagaimana urusannya wanita dan lelaki, dengan menunjukkan sifat malu yang wujud dalam diri Anak-anak Syu’aib.

Wahai manusia, Allah sedang berbicara dengan anda berkenaan Sifat Malu.


Sifat malu yang sangat tinggi

Anak-anak Nabi Syu’aib tidak membenarkan diri mereka bercampuran dengan lelaki-lelaki lain walaupun mereka mempunyai kerja yang penting – memberikan minuman kepada ternakan mereka.

Mereka sanggup menahan ternakan mereka dan menanti walaupun keadaan itu sangat memberikan kekurangan kepada ternakan mereka nanti. Alasan lemah adalah alasan yang kedua. Alasan utama adalah kerana bergaulan, bercampuran dengan lelaki sememangnya menjatuhkan akhlak mereka.

Kita sendiri, kalau melihat perempuan tolak menolak dengan lelaki, berebut-rebut dengan lelaki, bersentuhan tangan, bergeselan badan, bagaimana agaknya persepsi kita?

Maka Anak-anak Syu’aib menanti. Biar lapang baru mereka pergi. Tidak melanggar adab pergaulan, dan tidak pula mengundag kecederaan.

Namun, melakukan sedemikian pastinya satu kekurangan untuk mereka. Kekurangan untuk binatang ternak mereka membesar dengan baik. Tetapi lihatlah Anak-anak Syu’aib, dunia dan akhirat yang mana mereka pilih?

Penjagaan diri mereka ini membuatkan mereka sangat mahal.


Tidak memanjangkan bicara 1(kondisi diajak bicara)

Musa yang berehat di bawah pokok berdekatan hanya memandang. Pelik di matanya melihat dua orang perempuan berdiri menunggu di tepi sumber air bersama ternakan mereka. Pastinya dua perempuan itu bukan menanti suami atau ayah mereka siap memberi minum pada ternakan kerana keduanya membawa ternakan masing-masing.

Atas dasar ambil berat, Musa bangun dan bertanya.

“Mengapa dengan kamu berdua?”

Dan lihatlah bagaimana cantiknya akhlak Anak-anak Syu’aib. Lihatlah bagaimana mereka menjawab dengan kata-kata yang pendek, tidak meleret-leret, malah menutup lubang untuk menyambung bicara lain.

Terus sahaja mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya

Terus kepada point. – Kami tidak dapat memberi minum sehingga pengembala-pengmbala itu mebawa balik binatang ternak masing-masing –

Terus terang dan menutup ruang untuk perbualan berpanjangan – dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya –

Lantas Musa tidak menyambung perbualan mahupun bertanya lagi. Malah dia juga sudah tiada alasan untuk bertanya kerana segalanya telah terjawab dengan jawapan ringkas itu. Kata-kata “dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya” itu telah menjawab soalan-soalan seperti: “Habis, mana ayah awak?”, “Abang awak tak ada ke?”, “Ish, kesiannya, kenapa ya macam tu?” dan lain-lain.

Sangat bersih peribadi Anak-anak Syu’aib dalam menjaga diri mereka. Tidak berminat memanjangkan bicara yang tiada kepentingannya. Dan lihatlah pula kepada Musa, sangat bersih peribadinya dengan tidak mencari atau memikirkan mana-mana peluang lain untuk berbual, tetapi tanpa banyak bicara terus membantu ketika itu juga.


Tidak memanjangkan bicara 2(kondisi pemula bicara)

Dan apabila Nabi Syu’aib melihat kedua anaknya pulang lebih awal dari biasa, dia kehairanan dan bertanya. Maka kedua anak itu menceritakan perihal lelaki yang berteduh di bawah pokok. Maka Nabi Syu’aib mengarah salah seorang anaknya pergi memanggil.

Lihatlah bagaimana anak itu, walau berseorangan, tidak lagi ditemani ahli keluarganya, tidak pula mengambil peluang bermanja-manja atau berkenalan dengan lelaki yang berjasa itu.
Malah dia berjalan dengan tersipu-sipu, berjalan atas sifat malu, dan terus berkata menyampaikan hajatnya:

Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami

Tidak pula dia meleret-leret atau berpusing-pusing dahulu dengan sembang-sembang lain, tanya-tanya lain seperti:

“Eh awak, terima kasih lah tadi ya. Awak baik sangat. Walaupun kita tak kenal… bla bla bla”

“Awak siapa nama ya? Terima kasihlah tadi ya. Ah, ni ayah saya panggil. Dia kagum dengan awak. Yalah, siapa yang nak tolong perempuan masa ni… bla bla bla”

Tetapi Anak Syu’aib itu terus pada pointnya tanpa memanjangkan bicara – Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami – Habis cerita dan tiada lagi alasan untuk menyambung sembang baik dari Pihak Musa, mahupun pihaknya.

Dia melaksanakan amanah bapanya tanpa mengambil celahan pada amanah itu.

Bersihnya peribadi Anak Syu’aib. Sifat malunya sangat tinggi. Sangat menjaga budi pekerti. Tiada langsung apa yang dikatakan ‘gedik’ oleh manusia hari ini. Langsung tidak mengambil peluang berduaan dengan jejaka berjasa yang hebat itu. Dan lihatlah Musa. Bersihnya peribadi Musa, tidak pula mengambil peluang berduaan itu dengan memanjang-manjangkan sembang, mencari peluang berkenalan dan sebagainya.


Bagaimanakah kita hari ini?

Melihat Anak-anak Syu’aib, kita sepatutnya persoalkan diri kita.

Bagaimana kita hari ini?

Bila memberikan bantuan, bila meminta pertolongan, bila berbincang untuk sesuatu program di dalam mesyuarat, bila di Facebook, YM, dan di macam-macam situasi lagi. Bagaimanakah kita?
Di sini perlu kita lihat. Bagaimana Allah menunjukkan sikap Anak Syu’aib dan Musa AS. Anak Syu’ain mewakili perempuan, dan Musa AS mewakili lelaki. Bagaimanakah keadaan mereka, pergaulan mereka, akhlak dan peribadi mereka.

Adakah kita mencontohi?

Kebanyakan kita, kalau bercerita akan kisah Musa dan Anak Syu’aib, tak habis-habis menceritakannya dari sudut percintaan. Entahlah, saya pun tak faham. Kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha pun pergi cerita macam itu juga, balik kepada cinta.

Cinta nak kecoh. Malu tak mahu cerita. Macam mana masyarakat nak jadi bagus?


Penutup: Saya sangat kagum dengan Anak Syu’aib

Alangkah indahnya dunia kalau dipenuhi wanita-wanita sebegini. Terjaga pergaulan mereka, bersih peribadi mereka, cantik akhlak mereka, mahal harga diri mereka.

Kisah ini membuatkan saya berazam untuk mendidik diri dengan lebih kuat lagi. Biar nanti kalau Allah kurniakan saya anak perempuan, saya senang anak perempuan saya terjaga seperti terjagana anak-anak perempuan Syu’aib.

Semestinya, anak-anak perempuan Syu’aib mempunyai akhlak yang sedemikian kerana terdidik dengan didikan ayahanda mereka, Nabi Syu’aib AS.

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu Anak Syu’aib itu kepada perempuan hari ini.

Ya Allah, kurniakanlah juga keindahan akhlak Musa itu kepada lelaki hari ini

- Air Yang Terapung -

“Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mahu mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihat-Nya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.”[36:11]
“Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?, Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? , Kalau Kami kehendaki niscaya Kami jadikan dia asin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur? “[56 : 68-70]
Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?"[67:30]
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu ia menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.”[21:39]
“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.”[ 7:57]
“Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira.”[30:48]
“Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya.”[23:18]
Demi langit yang berulang-ulang(kitaran) mencurahkan hujan, Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan”[86:11]
“Al-Quran ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim..”[ 29:49]
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. “[3:190-191]
1) Subhanallah, betapa hebathnya ciptaan Allah, semuanya tersusun dengan cantik dan sempurna, tanpa mengandungi sedikit pun cacat cela. Sebuah kitaran yang memberi berjuta manfaat kepada seluruh makhluk di bumi milikNya.
2) Alhamdulillah, segala-galanya adalah rahmat, kasih dan sayang pada hamba yang diciptakan Nya. Semuanya indah dan berkadaran sesuai dengan kehendak dan keperluan makhlukNya.
3) Allahuakhbar, kekuasaanNya tiada tandingan, begitu rapi dan terperinci, tiada yang binasa kerana rahmatNya, malah semuanya bahgia atas nikmat kurniaNya.
# Dari air laut yang masin, di angkatnya(pengewapan) air tawar menjadi gumpalan kecil wap-wap air. Andai diangkat keatas itu adalah air masin dan yang bercucuran jatuh juga air masin, sudah tentu pokok-pokok, bangunan-bagunan malah manusia dan segalanya akan binasa. tetapi akan kasih dan kekuasaan kejadianNya, maka kita gembira dan dapat menikati nikmatNya.
# Sesunguhnya apabila sesuatu itu menuju dekat ke matahari, maka ia semakin panas, tetapi apabila kita mendaki gunung atau tempat yang tinggi, suhunya berkurangan, suhu yang semakin sejuk ini menyebabkan wap-wap kecil berterbangan keatas berhenti sehingga suatu tahap yang telah ditetapkan olehNya. Boleh saja wap-wap air ini melepasi lapisan ozon dan lesap di atmosfera teratas, tetapi akan kasih dan kekuasaan kejadianNya, maka kita gembira dan dapat menikati nikmatNya.
# Angin yang membawa gumpalan-gumpalan ini boleh mencecah sehingga 200batu/sejam. Andai wap-wap air ini berhenti/berkumpul di kawasan tiada angin(kawasan 3), nascaya nikmatNya hanya dapat dirasai di lautan sahaja, dan sekiranya angina yang bertiup dan wap-wap air itu berada pada paras yang rendah, akan hancur musnahlah bangunan-bangunan, pokok-pokok dan segala-galanya, tetapi akan kasih dan kekuasaan kejadianNya, maka kita gembira dan dapat menikati nikmatNya.
# Sungguh wap-wap itu berkumpul menjadi besar dan berat, lalu keluarlah ia dicelahan-celahan awan tersebut, maka seluruh alam meraikannya dan menikmatinya, andai ia turun dalam bentuk limpahan yang besar dan bukannya titisan manja, nascaya seluruh kawasan tersebut bersih di bawa limpahan air yang sangat besar. Andai air yang bercucuran turun melebihi kadar yang di perlukan nascaya akan banjirlah seluruh kawasan tersebut, seperti kaum dahulu yang diberikan peringatan. tetapi akan kasih dan kekuasaan kejadianNya, maka kita gembira dan dapat menikati nikmatNya.
# Sungguh air yang bercucuran itu membuahkan tanaman dan menyuburkan tanah, andai bumi ini keseluruhannya adalah batu atau simen nascaya akan berlaku banjir yang besar, namun air tersebut merasap kedalam tanah dan menyuburkannya, sebahagiaannya mengalir didalam sungai dan sebagainya. akan kasih dan kekuasaan kejadianNya, maka kita gembira dan dapat menikati nikmatNya.