"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan
'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH
mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang
dusta."~Al-Ankabut, Ayat 2-3
Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Idam-Idamkan? "Boleh jadi
kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui."~Al-Baqarah, ayat 216
Kenapa Ujian Seberat Ini?"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." ~Al-Baqarah,ayat 186
Rasa Frust?"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika
kamu orang2 beriman." ~Ali Imran,ayat 139
Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?"Wahai orang2 yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2
berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran
musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
di daerah2 sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu
berjaya (mencapai kemenangan)." ~Ali Imran,ayat 200"
Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan yang sabar dan
mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali
kepada orang2 yang khusyuk." ~Al-Baqarah,ayat 45
Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?"Sesungguhnya ALLAH telah membeli
dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk
mereka..." ~At-Taubah,ayat 111
Kepada Siapa Aku Berharap?"Cukupalah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." ~At-Taubah,ayat 129
Aku Dah Tak Dapat Bertahan Lagi!!! "...dan janganlah kamu berputus
asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH
melainkan kaum yang kafir." ~Yusuf,ayat 12
Dalam artikel yang lain pula, saya turut terbaca bahawa para ulama'
bersepakat bahawa hikmah yang boleh disimpulkan dari ujian adalah:
1. Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada ALLAH SWT.
2. Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus adalah untuk
mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini. 3. Bertujuan untuk
menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.
4. Bertujuan memperoleh pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi ALLAH SWT.
5. Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk
memikirkan kesalahan yang dilakukan diri sendiri dan orang lain di masa
lampau.
6. Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada ALLAH SWT.
7. Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati ALLAH SWT.
8. Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.
9. Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan
mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka. 10. Untuk mengenal kawan
sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya
ujian daripada ALLAH SWT.
11. Ujian juga mampu mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada ALLAH SWT.
12. Ujian juga mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya.
13. Ujian mampu utnuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan ALLAH SWT.
14. Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga ALLAH SWT..
Subhanallah!! Jika kita mengetahui betapa besarnya hikmah yang
tersembunyi disebalik sebuah ujian dan dugaan itu..pastinya kita akan
sentiasa rasa rindu untuk diuji. Dan pastinya kita akan merasakan diri
kita dibiarkan ALLAH jika hidup tidak diuji..Kerana sesungguhnya, ujian
itu diturunkan tanda kasih sayangNya..
Dan saya suka untuk berkongsi sepotong ayat dari Firman ALLAH SWT
yang bermaksud:"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar, iaitu orang2 yang
apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Inna lillahi wa inna ilaihi
rajiun' (sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNya kami kembali."
~Al-Baqarah,ayat 155-156
.dan juga..."...Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada
kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan..."
~Al-Insyirah,ayat 5-6Janji (ayat2)
No comments:
Post a Comment