Friday, 3 August 2012

kenapa aku diuji??

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta."~Al-Ankabut, Ayat 2-3

Kenapa Aku Tak Dapat Apa yang Aku Idam-Idamkan? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."~Al-Baqarah, ayat 216

Kenapa Ujian Seberat Ini?"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." ~Al-Baqarah,ayat 186

Rasa Frust?"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 beriman." ~Ali Imran,ayat 139

Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?"Wahai orang2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." ~Ali Imran,ayat 200"

Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk." ~Al-Baqarah,ayat 45

Apa yang Aku Dapat dari Semua Ini?"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." ~At-Taubah,ayat 111

Kepada Siapa Aku Berharap?"Cukupalah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." ~At-Taubah,ayat 129

Aku Dah Tak Dapat Bertahan Lagi!!! "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir." ~Yusuf,ayat 12

Dalam artikel yang lain pula, saya turut terbaca bahawa para ulama' bersepakat bahawa hikmah yang boleh disimpulkan dari ujian adalah:

1. Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada ALLAH SWT.
2. Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini. 3. Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.
4. Bertujuan memperoleh pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi ALLAH SWT.
5. Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan kesalahan yang dilakukan diri sendiri dan orang lain di masa lampau.
6. Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada ALLAH SWT.
7. Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati ALLAH SWT.
8. Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.
9. Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka. 10. Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada ALLAH SWT.
11. Ujian juga mampu mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada ALLAH SWT.
12. Ujian juga mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya.
13. Ujian mampu utnuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan ALLAH SWT.
14. Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga ALLAH SWT..

Subhanallah!! Jika kita mengetahui betapa besarnya hikmah yang tersembunyi disebalik sebuah ujian dan dugaan itu..pastinya kita akan sentiasa rasa rindu untuk diuji. Dan pastinya kita akan merasakan diri kita dibiarkan ALLAH jika hidup tidak diuji..Kerana sesungguhnya, ujian itu diturunkan tanda kasih sayangNya..

Dan saya suka untuk berkongsi sepotong ayat dari Firman ALLAH SWT yang bermaksud:"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar, iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' (sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepadaNya kami kembali." ~Al-Baqarah,ayat 155-156
.dan juga..."...Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan..." ~Al-Insyirah,ayat 5-6Janji (ayat2)

inilah yang membuatkan hati saya selalu tenang bila berhadapan dengan ujian2 hidup ini. Sesungguhnya masalah itu adalah kembar hidup. Semua yang hidup, semua ada masalah..Cuma yang membezakan antara kita adalah..cara kita menanggapi masalah itu sebagai 'masalah' atau 'ujian'..dan bagaimana kita menyelesaikan masalah..Di sinilah kematangan kita diukur..Di sinilah jua keimanan dan ketaqwaan kita dinilai...Wallahu'alam..