semua artikel dalam blog ini tiada hakcipta terpelihara. Dalam dakwah tiada istilah COPYRIGHT.... Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walaupun satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari
Saturday, 24 September 2011
Gerrard tekad jana inspirasi Liverpool
LIVERPOOL: Steven Gerrard ingin memastikan penampilan semulanya selepas tidak beraksi enam bulan akibat kecederaan memberi inspirasi baru kepada Liverpool dalam usaha meraih kejuaraan pertama sejak kali terakhir pada 2006.
Gerrard sedia diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama sejak beraksi kali terakhir 6 Mac lalu apabila Liverpool menanti kunjungan Wolves, hari ini.
Pemain berusia 31 tahun itu diturunkan sebagai pemain gantian untuk tempoh 15 minit terakhir ketika pasukannya menewaskan Brighton, 2-1 pada saingan Piala Liga pertengahan minggu ini.
Gerrard yang menjalani pembedahan kecederaan pangkal paha menganggap tempoh enam bulan lalu umpama mimpi ngeri baginya.
Bagaimanapun, dia menegaskan akan membantu skuad kendalian Kenny Dalglish membawa pulang kejuaraan ke Anfield.
“Kami gembira melangkah ke pusingan seterusnya dan tidak sabar untuk turun pada perlawanan Sabtu ini (hari ini),” kata Gerrard.
“Kami tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan. Kami perlu serius pada setiap pertandingan dan tanpa aksi peringkat Eropah bakal memberi kelebihan kepada kami untuk beraksi lebih cemerlang di saingan domestik. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment